Monday 6 May 2013

Rumah da Siap, pahat berbunyik masih lagi~

Salam BlackOut!

hik2.. Tadi petang baru aku rase macam da xnk pikir sal politik.. Tapi, provoke2 malam ni buat aku rase terpakse gak terlibat.. Seperti yang aku jangka, isu perkauman telah dibangkitkan oleh pihak2 tertentu.. Haa.. da dapat agak da permainan tu.. Di sini aku ingin nyatakan yang aku ni bertindak n berpikir ikot rasional aku yang aku rase relevan.. Mungkin aku nampak ke arah PR, tapi, aku cume menilai dari pemikirang aku.. Sori la.. kekadang, aku mmg tertaip bahasa ganu siket..

Isu perkauman.. DAP menang 38 kerusi.. Paling tak disangka, Bekas MB tewas dengan majoriti yang besar.. Kenapa? oke.. Gelang Patah tu tempat MCA.. Disebabkan rasa tergugat dengan kehadiran Kit Kat di situ, mereka terpaksa mempertaruhkan Bekas MB ini kerana MB ini mempunyai pengaruh yang besar n bagi aku, die adelah calon terhebat di negeri ini.. Tapi, calon hebat, kenape kalah? sebab itu kawasan MCA.. aku rase orang MCA akan berase kecil hati kerana tampuk tertinggi seolah2 tidak percaya akan kehebatan calon mereka.. so, salah ke kalau mereka2 ini mengundi si kit kat ni?

Oke.. bile aku da taip camni, mesti orang akan cakap, dorang undi si kit kat ni cuz orang Cina bersatu untuk jatuhkan melayu.. Hello kawan.. Plz la.. Sebuah negara yang mempunyai kaum majmuk ni, asas paling penting adelah perpaduan.. kalau korang dok citer sal perkauman ni, tercapai ke nak mencapai perpaduan.. Korang takot ke si roket ni nak terbitkan negara republik cam singapura? Korang ingat nak ubah dasar ni senang macam nak ubah selera makan ke? Xpaya la nak terbitkan pasal isu perkauman..

Isu manifesto.. Ade fanpages yang mempunyai admin kurang ilmu telah mencabar PR, untuk menepati segala manifesto yang telah di buat oleh PR di negeri2 yang mereka perintah.. Kepade rakyat Malaysia yang bijak lagi sana dan sini, Manifesto Negara n Manifesto negeri adelah 2 mende yang berbeza.. Kalau admin kurang cerdik, jangan la pengaruh orang jadik kurang cerdik gak.. Sile la pikir dulu guna akal yang dikurniakang oleh Allah tu.. Pikir secara relevan, baru la korang like or share.. Xpaya nak provoke dengan mende2 yang kurang cerdik ni.. Gunakan akal anda sebaik2nya supaya anda xtergolong dalam golongan kufur nikmat cuz xmenggunakan nikmat Allah dengan cara yang betul..

Dan yang penting, buletin utama masih lagi kekal.. Kalau lah satu hari nanti, buletin utama intebiu aku, dan aku pon keluarkan ayat camni, "Siti NurhalizaWati xpuasa semasa die datang bulan" konpem ke akan keluar ayat ini 100% macam ini? kalau keluar macam ni, Alhamdulillah la.. Kalau cume keluar "Siti NurhalizaWati xpuasa", konpem aku akan dikutuk oleh masyarakat cuz aku fitnah Siti NurhalizaWati ni xpuasa.. hik2..

Dan kesimpulan yang aku buat berdasarkan PRU pertama aku ni, Aku rasa ini adelah pengalaman yang sangat2 best.. Aku datang ke tempat function ni, disini, 3 kaum berkumpul, tanpe mengenali satu sama lain, tapi, tanpa segan silu, kami bersalaman dan berbual umpama 1 keluarga.. Ayat yang akan paling aku ingat adelah, 'xkan u orang nak guna duit kotor pergi haji'.. Kata2 yang diucapkan oleh seorang cina.. Terkedu aku dengar.. siyes.. aku akan ingat moment2 ini.. kata akhir dari aku, anda boleh menilai..

p/s : Disebabkan politik ni, aku da dekat 5 hari xlayan kiyomi.. huh~

No comments: